Jumlah pelancong domestik di China dalam tempoh separuh pertama tahun ini meningkat 13.5% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat lebih 2.5 bilion.
Menurut dapatan tinjauan Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China (CNTA) yang dirumuskan dalam laporannya baru-baru ini, hasil daripada perbelanjaan pelancong dalam tempoh tersebut naik 15.8%, dengan mencecah RMB2.17 trilion (RM1.4 trilion).
Antaranya, perbelanjaan oleh warga kota meningkat 16.1% atau RMB1.7 trilion (RM1.1 trilion), manakala yang dari luar bandar berbelanja RMB460 bilion (RM296 bilion), naik 14.8%.








