Demikian maklum Ketua Operasi Tentera Laut, Laksamana John Richardson pada hari yang sama, sambil menyatakan bahawa tentera laut AS akan menilai semula armada ke-7 Lautan Pasifik.
Richardson berkata, kemalangan kapal pemusnah peluru berpandu USS John S McCain milik armada ke-7 berlanggar dengan kapal kontena Alnic MC di perairan Singapura itu adalah insiden kedua membabitkan kapal kelas sama dalam tempoh tiga bulan lalu.
Tegas beliau lagi, tentera laut AS mesti menyiasat punca utama kejadian tersebut dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kejadian serupa berlaku lagi.
10 anak kapal hilang, manakala lima lagi cedera dalam kejadian tersebut.