Cari:
Rusia Tidak Akan Hadkan Visa kepada Warga AS
2017-08-22 14:59:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Walaupun Washington akan berhenti mengeluarkan semua visa bukan imigran kepada warga Rusia, namun Rusia tidak akan membalas dengan tindakan mengehadkan warga Amerika Syarikat (AS) memohon visa ke negara itu.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada 21 Ogos lalu.

Lavrov berkata, Rusia akan meneliti dasar AS berkenaan agar memberi maklum balas sewajarnya terhadap AS. Negaranya tidak akan mengambil langkah yang sama untuk menyusahkan warga AS.

Pada awal hari yang sama, Kedutaan Besar AS ke Rusia mengumumkan bahawa semua operasi visa bukan imigran di seluruh Rusia akan digantung selama sembilan hari bermula pada 23 Ogos ini berikutan kekurangan kakitangan di kedutaan besar.

Perkhidmatan visa bukan imigran akan dipulihkan di Kedutaan Besar AS di Moscow bermula 1 September, tetapi operasi visa di tiga konsulat AS kekal digantung sepenuhnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China