Cari:
AS Hentikan Sementara Operasi Tentera di Seluruh Dunia
2017-08-22 10:23:44 CRI Cetak
Operasi tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia `dihentikan sementara' untuk menilai semula armada tenteranya berikutan kejadian pelanggaran kapal pemusnah miliknya dengan sebuah kapal kontena dekat Singapura hari ini.

Kejadian tersebut yang menyebabkan 10 anak kapal hilang dan lima lagi cedera merupakan kemalangan besar kedua membabitkan kapal perang AS dalam tempoh dua bulan.

Ketua Operasi Tentera Laut, Laksamana John Richardson berkata, beliau telah memerintahkan pemberhentian sementara operasi itu di seluruh dunia.

``Saya mahu semua komander armada berbincang dengan pemimpin-pemimpin mereka bagi memastikan mereka telah mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk menentukan operasi yang berkesan dan selamat di seluruh dunia,'' katanya.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China