Cari:
Suspek Serangan Barcelona Ditembak Mati
2017-08-22 13:33:46 CRI Cetak

Polis Sepanyol mengesahkan bahawa suspek yang disyaki pemandu dalam insiden van merempuh orang ramai di Barcelona, 17 Ogos lalu, telah ditembak mati semalam.

Suspek, Younes Abouyaaqoub, seorang warga Maghribi berumur 22 tahun ditembak mati di Subirats, kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Barcelona, lapor media tempatan memetik sumber polis.

Suspek membawa senjata dan memakai bahan letupan palsu pada badannya ketika dijumpai polis.

Pada 17 Ogos lalu, van yang dipandu Abouyaaqoub merempuh orang ramai di Las Ramblas, sebuah tempat pelancongan di Barcelona, hingga mengakibatkan ramai mati dan cedera.

Suspek membunuh seorang pemuda dan merampas keretanya untuk melarikan diri. Seorang anggota polis turut cedera ketika suspek melepaskan diri dari kepungan polis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China