Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berharap semua pihak terlibat menyokong sepenuhnya pelaksanaan perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) berhubung isu nuklear Iran.
Demikian dinyatakan oleh Stephane Dujarric sebagai jurucakap Guterres dalam sidang media pada 22 Ogos lalu.
Dujarric berkata, JCPOA yang ditandatangani antara Iran dengan enam negara terlibat dalam rundingan isu nuklearnya iaitu Amerika Syarikat (AS), China, Rusia, Britain, Perancis dan Jerman pada 2015, merupakan salah satu pencapaian diplomatik yang paling penting dalam proses untuk mewujudkan kedamaian dan kestabilan di seluruh dunia.
Sebelum ini, Presiden Iran, Hassan Rouhani membayangkan bahawa Iran mungkin akan mengundurkan diri dari perjanjian berkenaan sekiranya AS terus melaksanakan sekatan terhadapnya.
Namun begitu, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, memelihara perjanjian JCPOA tetap misi utama bagi kementeriannya.