Cari:
Trump: Tentera AS Tidak Akan Undur dari Afghanistan
2017-08-23 14:48:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sekiranya angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari Afghanistan secara tergesa-gesa, akan terjadi lompang kuasa di negara itu.

Kerajaan Afghanistan mesti memikul tanggungjawab untuk membaiki keadaan, dan AS menanti-nantikan dapat melihat reformasi dan kemajuan sebenar dicapai di negara itu.

Demikian dinyatakan Presiden AS, Donald Trump dalam ucapannya menerusi saluran televisyen pada 21 Ogos lalu.

Trump berkata, seperti kebanyakan rakyat AS, beliau juga merasa kesal dan dukacita kerana negaranya dibelenggu perang Afghanistan sejak sekian lama.

Beliau berpendapat, pengunduran tentera AS dari Afghanistan akan memudahkan kumpulan pengganas termasuk militan Daesh dan Al-Qaeda mengisi kekosongan pemerintahan di negara itu.

Tambah beliau, strategi terhadap Afghanistan dan rantau Asia Selatan yang diamalkan oleh kerajaan penggal ini akan berubah berbanding dengan kerajaan Obama.

Tentera AS akan diberi kuasa yang lebih besar untuk membolehkan angkatannya membanteras kumpulan militan di Afghanistan dengan efisien.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China