Cari:
Xinjiang Bina Hab Pengangkutan Laluan Sutera
2017-08-23 14:54:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang China baru-baru ini meluluskan pelan lima tahun untuk membina hab pengangkutan bagi kawasan utama Jalur Ekonomi Laluan Sutera, di bawah rangka pembangunan tahun 2016 hingga 2030.

Menurut pelan lima tahun tersebut, jaringan landasan kereta api utama yang meliputi lebih 75% bandar dan kaunti di seluruh wilayah Xinjiang akan siap dibina menjelang 2020.

Xinjiang akan membina tiga laluan landasan kereta api yang menyambungkan Sichuan, Mongolia Dalam dan wilayah autonomi Tibet, iaitu laluan Korla-Golmud-Chengdu, Altay-Fuyun-Junggar Timur dan Hami-Ejina serta Hotan-Ali-Shigatse.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China