Pesta Kesenian Asia ke-15 akan diadakan di Ningbo, provinsi Zhejiang China pada 23 September hingga 23 Oktober depan.
Dalam sidang media semalam, pihak penganjur iaitu Kementerian Kebudayaan China dan kerajaan provinsi Zhejiang memaklumkan bahawa pesta kali ini bertemakan "Pelabuhan Purba Laluan Sutera Maritim, Impian Baharu Asia". Sebanyak beberapa puluh aktiviti termasuk forum kebudayaan, pertunjukan kesenian dan seni tampak akan diadakan menyusuli upacara perasmian.
Dalam tempoh pesta itu, Forum Kebudayaan Sungai Lancang-Mekong akan turut diadakan dengan kehadiran para Menteri Kebudayaan dari Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam dan China untuk membincangkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang kebudayaan.