Taman Tema Laut Hong Kong (Hong Kong Ocean Park) dalam sidang media semalam telah mempromosikan aktiviti Halloween Fest 2017 berskala paling besar sejak taman itu mula beroperasi, yang akan dianjurkan tidak lama lagi.
Halloween Fest 2017 antara pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh taman itu bagi menyambut hari Halloween. Bertepatan dengan ulang tahun ke-40 Taman Tema Laut Hong Kong, aktiviti Halloween Fest 2017 kali ini menjanjikan sambutan yang paling meriah di Asia.
Bermula 5 Oktober, pengunjung taman itu akan berpeluang menghayati 11 tapak pemandangan Halloween Fest 2017 dan boleh menguji keberanian dengan 12 jenis cabaran yang mendebarkan. Selain itu, 11 pertunjukan kesenian yang menerapkan elemen Halloween akan dipersembahkan.