Cari:
Industri Robotik China Berkembang Pesat
2017-08-24 14:35:36 CRI Cetak

Naib Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT), Xin Guobin dalam Persidangan Robot Dunia 2017 di Beijing semalam menyatakan bahawa industri robotik China berkembang pesat dengan pertumbuhan yang mengekalkan kadar lebih 20% dalam tempoh lima tahun lalu, hingga menjadikan negara ini penyumbang penting bagi industri robotik dunia.

Menurut statistik berkenaan, skala industri robotik China buat pertama kali mencecah USD5 bilion (RM21 bilion) pada tahun lalu, dan dijangka akan terus meningkat kepada USD6.28 bilion (RM27 bilion) pada tahun ini.

Xin Guobin berkata, China telah mendahului negara lain dalam teknologi robotik yang melibatkan pengecaman bunyi dan gambar. Selain itu, China juga telah meneroka produk yang inovatif dan berdaya saing tinggi seperti pesawat udara tanpa pemandu (UAV) khas dan robot penjelajah laut dalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China