Cari:
5 Maut Serangan Nekad di Selatan Afghanistan
2017-08-24 14:44:12 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 42 lagi cedera apabila seorang pengebom nekad meletupkan keretanya di bandar Lashkargah, selatan Afghanistan pada 23 Ogos lalu.

Antara mangsa yang terkorban termasuk dua askar, dua wanita dan seorang budak perempuan, manakala yang cedera kebanyakannya adalah orang awam, kata Omar Zawak, jurucakap kerajaan tempatan.

Menurut polis, letupan berlaku pada sekitar pukul 11 pagi berdekatan sebuah balai polis di Lashkargah, ibu provinsi Helmand.

Kumpulan Taliban Afghanistan mengaku bertanggungjawab atas serangan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China