Cari:
"Bebas daripada Belenggu Kemiskinan" Versi Bahasa Inggeris dan Perancis Dilancarkan
2017-08-24 11:07:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Buku "Bebas daripada Belenggu Kemiskinan" versi bahasa Inggeris dan Perancis yang diterjemahkan oleh Foreign Languages Press di bawah China International Publishing Group (CIPG) dilancarkan sempena Ekspo Buku Antarabangsa Beijing ke-24 pada 23 Ogos lalu.

Buku "Bebas daripada Belenggu Kemiskinan" merupakan karangan peribadi Presiden China, Xi Jinping yang merangkumi koleksi ucapan dan rencana yang disampaikan dan ditulis oleh Presiden Xi semasa beliau menyandang jawatan Setiausaha Parti Komunis China (PKC) di bandar Ningde, provinsi Fujian pada tahun 1988 hingga 1990.

Presiden Xi dalam buku ini mengemukakan beberapa sistem, konsep, pandangan dan pendekatan untuk membasmi kemiskinan agar mewujudkan pembangunan di timur Fujian.

Sebelum ini, buku versi bahasa Inggeris dan Perancis telah diperkenalkan dalam beberapa forum peringkat tinggi berhubung isu pembasmian kemiskinan yang diadakan di Afrika, turut diberi tumpuan dan dipuji oleh pelbagai pemimpin, sarjana dan media negara-negara di rantau itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China