Cari:
Gencatan Senjata Timur Ukranie Kuat Kuasa 25 Ogos
2017-08-24 15:00:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kumpulan pengantara berhubung isu Ukraine yang terdiri daripada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Rusia dan Ukraine dalam mesyuarat rutin yang diadakan di Minsk, Belarus pada 23 Ogos lalu mengesahkan bahawa gencatan senjata akan dilaksanakan secara menyeluruh di timur Ukraine sebelum semester baharu bermula, iaitu pada pukul 12.00 tengah malam 25 Ogos ini.

Martin Sajdik, wakil khas OSCE dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berkata, semua pihak terlibat patut mengambil segala tindakan yang sewajarnya untuk memastikan gencatan senjata dilaksanakan secara berterusan, selain memastikan keselamatan misi kumpulan pemerhati OSCE di seluruh Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China