Cari:
Carrie Lam Lawat Alibaba
2017-08-24 15:05:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ketua Eksekutif wilayah pentadbiran khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor membuat lawatan rasminya ke Shanghai dan Hangzhou pada petang 23 Ogos lalu.

Pada hari yang sama, beliau turut melawat ibu pejabat Alibaba di Hangzhou, ibu kota provinsi Zhejiang.

Dalam pertemuan dengan Jack Ma, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Carrie Lam menyampaikan hasrat Kerajaan Hong Kong untuk menggerakkan inovasi sains dan teknologi. Beliau turut berharap mendapat sokongan daripada Alibaba dalam hal tersebut.

Dalam pada itu, Jack Ma berkata, Alibaba akan lebih proaktif untuk terlibat dalam pembangunan Hong Kong pada masa depan, dan strategi globalisasi Alibaba juga memerlukan penglibatan lebih ramai belia Hong Kong.

Difahamkan, Alibaba akan membantu Hong Kong menaik taraf infrastruktur komersial dalam aspek perniagaan, pembayaran, kewangan, logistik dan pelaburan, susulan tahap integrasi yang semakin tinggi antara urusan Alibaba dan pembangunan Hong Kong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China