Cari:
Agensi PBB Gesa AS Kecam Rasisme
2017-08-24 11:37:17 CRI Cetak

Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Ras (CERD) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan pemimpinnya menolak dan mengecam sekeras-kerasnya segala perlakuan dan ucapan yang berbaur sentimen permusuhan ras di negara itu.

Menurut kenyataan tersebut, demonstrasi berdarah yang berlaku di AS baru-baru ini amat menggemparkan. Rasisme dan ideologi pertuanan kulit putih bertentangan dengan teras prinsip hak asasi manusia yang berlandaskan rasa hormat dan kesamarataan. AS, mahupun mana-mana tempat lain di dunia, tidak boleh menjadi pelindung bagi anasir negatif seumpama itu.

CERD menggesa AS menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu, dan mengekang penyebaran kebencian dan rasisme dalam kalangan masyarakatnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China