Empat buah pusat pendaftaran kad pengenalan elektronik tersebut akan dibuka di Kabul.
Difahamkan, kad pengenalan elektronik itu akan menyimpan maklumat peribadi pemegangnya, termasuk nombor lesen memandu, tandatangan digital dan nombor pendaftaran pengundi, selain kewarganegaraan dan bangsa.
Penggunaan kad itu dianggap dapat membantu meningkatkan keefisienan pentadbiran negara Afghanistan, dan menjamin kestabilan dan keselamatan.