Cari:
Jumlah Pengguna Internet China Cecah 750 Juta
2017-08-25 14:15:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah pengguna Internet di China mencecah 750 juta dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT), Chen Zhaoxiong dalam Forum Pembangunan Syarikat Internet ke-3 di Beijing pada 24 Ogos lalu.

Chen berkata, kemampuan syarikat-syarikat Internet China juga meningkat dengan ketara. Nilai pasaran Tencent dan Alibaba masing-masing telah mencatat USD400 bilion (kira-kira RM1.71 trilion), dengan julung kalinya tersenarai antara sepuluh syarikat yang nilai pasarannya paling tinggi di dunia.

Baidu, syarikat gergasi enjin carian Internet turut dipilih oleh majalah Fortune sebagai salah satu daripada empat syarikat raksasa bagi Kecerdasan Buatan (AI).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China