Cari:
Korban Banjir Asia Selatan Cecah 1,000 orang
2017-08-25 11:14:00 CRI Cetak

Jumlah kematian akibat banjir yang melanda Asia Selatan meningkat lebih 1,000 orang semalam ketika pasukan penyelamat cuba menghampiri jutaan penduduk yang terperangkap akibat bencana paling buruk di rantau itu dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Ribuan tentera dan kakitangan kecemasan dikerah ke seluruh India, Bangladesh dan Nepal bagi membantu misi menyelamat ketika pihak berkuasa mengesahkan sebanyak 1,013 mayat ditemui sejak 10 Ogos lalu ekoran hujan lebat.

Di Bihar, India, negeri paling teruk dilanda banjir, sebanyak 26 mayat ditemukan kelmarin, menjadikan angka keseluruhan korban menjadi 367 orang.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China