Cari:
Huawei, Suning, Weiqiao, Syarikat Swasta Terbesar China
2017-08-25 11:33:18 CRI Cetak

Syarikat Huawei, Suning dan Weiqiao menduduki tiga tangga teratas dalam senarai 500 syarikat swasta terbesar di China bagi tahun 2017, yang dikeluarkan oleh Persekutuan Industri dan Perdagangan China (ACFIC) di Jinan, provinsi Shandong baru-baru ini.

Dalam senarai itu, terdapat enam syarikat yang mengaut hasil berjumlah lebih RMB300 bilion (RM193 bilion) pada tahun lalu, iaitu Huawei Investment & Holdings, Suning Holdings Group, Shandong Weiqiao Pioneering Group Co. Ltd, HNA Group, Amer International Group dan Legend Holdings Corporation.

Menurut Huang Rong, Naib Pengerusi ACFIC, syarikat-syarikat berkenaan terus mengekalkan momentum pertumbuhan yang sihat, dan menilai suasana perniagaan di China sebagai bertambah baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China