Atas permintaan agensi penguatkuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS), polis China telah menyerahkan seorang penjenayah warga AS yang diburu dengan notis merah Interpol kepada polis AS di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, pagi tadi.
Ferguson Naquan, yang bersama-sama seorang lain merompak sebuah kedai barang kemas di Connecticut pada September 2011, telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun enam bulan pada Jun 2013, namun melarikan diri dari tahanan pada Oktober tahun berikutnya.
Notis merah Interpol dikeluarkan terhadap Ferguson pada Mei 2015.
Pada Februari lalu, Ferguson melarikan diri ke Guangzhou, China. Selepas menerima permohonan bantuan daripada polis AS, polis China menjalankan siasatan teliti yang akhirnya membawa kepada penangkapan Ferguson.