Cari:
Usaha Cegah Kecacatan Mendesak di China
2017-08-25 13:01:06 CRI Cetak

Persekutuan Orang Kurang Upaya China (CDPF) baru-baru ini mengadakan sidang media untuk menjelaskan latar belakang dan makna sebenar Hari Kesedaran dan Pencegahan Kecacatan yang akan disambut buat pertama kalinya pada 25 Ogos ini, serta pelbagai aktiviti berkenaan yang turut diadakan sempena hari itu.

Ketua Pengarah Bahagian Pemulihan CDPF, Hu Xiangyang menyatakan bahawa China mempunyai lebih 854 juta orang kurang upaya, iaitu 6.34% populasi atau satu dalam setiap 16 rakyat. Ini menjadikan usaha mencegah kecacatan amat mendesak.

CDPF menyatakan bahawa pewartaan Hari Kesedaran dan Pencegahan Kecacatan pada tarikh 25 Ogos adalah langkah penting dalam usaha Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam hal ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China