Cari:
Liu Yunshan Kunjungi Ekspo Buku Antarabangsa Beijing
2017-08-25 13:58:13 CRI Cetak

Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Liu Yunshan ketika mengunjungi Ekspo Buku Antarabangsa Beijing ke-24 menegaskan bahawa China perlu menggalakkan perkembangan sektor penerbitannya dengan berpegang pada semangat yang disampaikan oleh Presiden Xi Jinping dalam ucapan dan karangannya selama ini.

Liu Yunshan menyatakan bahawa penerbitan, yang merupakan penyampai penting bagi kebudayaan dan kehidupan spiritual rakyat, perlu dijalankan dengan mengutamakan faedah sosial dan bukannya untuk mengejar keuntungan ekonomi semata-mata.

Beliau turut berkesempatan mengunjungi gerai pameran negara kehormat ekspo kali ini, iaitu Republik Iran serta melihat pameran gambar yang diadakan bersama oleh Agensi Berita Xinhua China dan Agensi Berita Republik Islam (IRNA) Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China