Cari:
Rusuhan di India, 31 Maut
2017-08-26 14:55:13 CRI Cetak

Rusuhan besar-besaran yang tercetus di negeri Haryana dan Punjab, India semalam telah mengakibatkan 31 maut dan beberapa ratus lagi cedera.

Menurut laporan Today India, punca rusuhan itu adalah pengikut-pengikut dari sebuah pertubuhan agama membantah ketuanya disabit kesalahan dalam kes rogol. Setakat ini, 224 buah kejadian keganasan dilaporkan berlaku di Haryana, manakala 64 buah lagi berlaku di Punjab. Selain itu, dua buah stesen kereta api dan dua kereta polis terkena kebakaran. Perintah berkurung telah dilaksanakan di negeri Haryana, Punjab dan beberapa tempat di Uttar Pradesh.

Rusuhan itu sekarang mulai meluas ke kawasan ibu negara India. Terdapat sebuah bas dan dua gerabak kereta api telah dilaporkan kena bakar ,tetapi masih belum ada laporan kematian dan kecederaan.

Presiden India, Ram Nath Kovind mengeluarkan rencana melalui Twitter untuk mengecam sekeras-kerasnya kejadian keganasan dan kelakuan yang merosakkan harta benda awam.

Pihak polis di Haryana menyatakan bahawa mereka telah menangkap sekurang-kurangnya seribu orang pengikut pertubuhan agama tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China