Cari:
Lebih 30 Terbunuh dalam Serangan Masjid Afghanistan
2017-08-27 15:06:52 CRI Cetak

Menurut jabatan keselamatan Afghanistan, serangan terhadap sebuah masjid di Kabul, ibu negara Afghanistan yang berlaku pada 25 Ogos lalu telah mengakibatkan lebih 30 orang terbunuh, 80 lagi cedera.

Sekumpulan militan menyerbu sebuah masjid di zon kepolisan ke-11 di Kabul pada waktu solat. Difahamkan, sekurang-kurang empat militan menyertai serangan terhadap orang ramai yang bersolat, antaranya dua yang melancarkan serangan bom berani mati, dua lagi ditembak mati oleh polis.

Presiden Afghanistan Ashraf Ghani mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk serangan tersebut. Katanya, serangan itu adalah jenayah terhadap rakyat Afghanistan.

Pertubuhan ekstremis Daesh telah mengakui bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China