Cari:
Pesta Anggur Turpan Laluan Sutera China 2017
2017-08-27 15:02:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pesta Anggur Turpan Laluan Sutera China ke-26 diadakan di bandar Turpan, wilayah autonomi Xinjiang yang berpenduduk Uygur pada 26 hingga 27 Ogos lalu. Lebih 200 jenis anggur diperkenalkan dalam pameran berkenaan.

Turpan mempunyai sejarah penanaman anggur selama lebih 2,000 tahun dan spesis anggurnya dikenali sebagai yang paling manis di dunia.

Kini, produk pertanian Turpan termasuk anggur dan tembikai Hami dieksport ke lebih 50 buah negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Kazakhstan, selain pasaran domestik China.

Pusat Pembahagian Pos Laju Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi telah beroperasi baru-baru ini yang dilihat dapat membantu barang-barang segar termasuk buah-buahan dikirim ke pasaran antarabangsa dengan cepat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China