Cari:
Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing Dipuji
2017-08-27 14:06:23 CRI Cetak

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach yang sedang dalam lawatan ke Beijing telah meninjau Pusat Sukan Wukesong, mendengar rancangan pemilihan tempat pembinaan gelanggang bagi acara Big Air serta mengunjungi pejabat Jawatankuasa Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang terletak di kawasan yang dulunya merupakan taman perkilangan Syarikat Besi dan Keluli Ibu Kota untuk mendengar laporan mengenai rancangan pengubahsuaian bangunan taman industri yang lama sebagai kemudahan sukan dan riadah bahkan muzium.

Bach telah menyanjung tinggi kerja-kerja yang dilakukan jawatankuasa persiapan Beijing dan menganggap kerjasama antara IOC dengan Beijing amat erat. Bach juga memuji rancangan China untuk mempromosikan sukan ais dan salji dengan merebut peluang penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk serta usaha jawatankuasa persiapan Beijing dalam melaksanakan konsep pembangunan mapan.

Bach memuji konsep 'merakyatkan sukan kebangsaan' yang dipegang oleh Temasya Sukan Kebangsaan China ke-13 yang diadakan di Tianjing sekarang ini. Beliau memilih menghadiri upacara perasmian temasya sukan itu hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China