Cari:
China, Pasaran Penggunaan Robot Industri Terbesar di Dunia
2017-08-27 14:12:04 CRI Cetak

Menurut Laporan Pembangun Industri Robot China Tahun 2017 yang dikeluarkan di Beijing semalam, pasaran robot China memasuki tempoh perkembangan yang pesat, dan sektor robot industri menjadi pasaran penggunaan yang paling besar di dunia dalam lima tahun berturut-turut.

Ketua Pusat Konsultasi dan Pengajian Institut Elektronik China, Li Ting memaklumkan bahawa pasaran penggunaan robot industri China menempati 1/3 syer pasaran dunia. Jualan robot industri di China pada tahun ini dijangka akan mencecah 110 ribu buah buat pertama kalinya, dengan nilai pasarannya mencatat USD 4.22 bilion (RM18 bilion) dan angka ini berkemungkinan mencapai USD 5.89 bilion (RM25 bilion) menjelang tahun 2020.

Menurut laporan itu lagi, seiring dengan golongan warga emas semakin bertambah yang akan menjadikan keperluan perkhidmatan dalam bidang perubatan dan pendidikan turut meningkat, robot perkhidmatan di China dipercayai mempunyai ruang perkembangan dan potensi pasaran yang amat besar. Pertumbuhan pasaran itu pada tahun ini dijangka meningkat kira-kira 28% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, dengan mencatat USD 1.32 bilion (RM5.6 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China