Cari:
Iran Gesa IAEA Pelihara Kebebasannya
2017-08-27 14:27:09 CRI Cetak

Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA) melaporkan semalam bahawa Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif ketika membuat reaksi tentang wakil Amerika Syarikat (AS) yang menggesa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) meningkatkan pemeriksaan terhadap kemudahan nuklear Iran menyatakan bahawa tindakan AS itu telah melanggar perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama Berhubung Program Nuklear Iran, manakala IAEA sebagai satu pertubuhan yang berkecuali perlu memelihara kebebasannya.

Wakil Tetap AS ke PBB, Nikki Haley selepas melawat ibu pejaba IAEA di Vienna dan kembali ke ibu pejabat PBB di New York memberitahu wartawan kelmarin bahawa Iran telah meletakkan halangan dalam kerja pemerikasaan IAEA walaupun IAEA mempunyai pakar yang bagus dan rancangan yang lengkap. AS menggesa IAEA memikul tanggungjawabnya dengan sedaya-upaya dalam usaha menjalankan pemeriksaan terhadap kemudahan nuklear Iran.

Bagaimanapun, Zarif menyatakan bahawa manifestasi AS tersebut bertentangan dengan tafsiran peranan IAEA yang terkandung dalam perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama Berhubung Program Nuklear dan Resolusi 2231 Majlis Keselamatan PBB. Dalam urusan antarabangsa, IAEA tidak patut mengizinkan kebebasannya dan kedudukannya dalam perjanjian berhubungan program nuklear Iran dicurigai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China