Cari:
Iraq Tawan Semula Tal Afar
2017-08-28 13:48:39 CRI Cetak

Tentera kerajaan Iraq telah berjaya menawan semula pekan Tal Afar, iaitu kubu terakhir kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) di negara itu.

Jurucakap Markas Operasi Bersama Iraq, Abdul-Amir Yarallah dalam satu kenyataan berkata, tentera kerajaan dan militan puak Syiah menawan semula dua blok di utara Tal Afar semalam. Ini menandakan pekan itu telah dibebaskan secara menyeluruh.

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengumumkan pelancaran operasi menawan semula pekan Tal Afar pada 20 Ogos lalu. Pelbagai pihak termasuk pasukan antikeganasan, pasukan polis persekutuan, militan puak Syiah mengepung Tal Afar dari pelbagai arah.

Menurut jurucakap itu lagi, kumpulan IS masih mengawal kawasan sejauh 10 kilometer dari utara Tal Afar, dan tentera kerajaan sedang mara ke kawasan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China