Cari:
Xi Jinping Ditemui Presiden OCA
2017-08-28 13:52:11 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Sheikh Ahmad Al-Fahad yang menghadiri upacara perasmian Sukan Kebangsaan China ke-13 di Tianjin semalam.

Xi Jinping mengucapkan terima kasih kepasa OCA atas sumbangannya untuk menggalakkan perkembangan usaha sukan China dan Asia.

Beliau berkata, pelbagai negara Asia bukan sahaja harus mewujudkan kemakmuran bersama, malah juga perlu bersama-sama maju dalam bidang sukan.

Beliau menyatakan, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan diadakan di Beijing dan ini merupakan peluang yang baik bagi China dan dunia untuk mewujudkan situasi memang-menang dalam bidang sukan. Ini akan menyemarakkan aspirasi rakyat China terhadap sukan Olimpik.

Sheikh Ahmad Al-Fahad berkata, OCA amat menghargai kerjasama dan persahabatan dengan China. OCA akan bekerjasama rapat dengan China dan menyokong China dalam penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan Sukan Asia di Hangzhou.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China