Cari:
Guangyuan Promosi Pelancongan di Xi'an
2017-08-28 16:17:18 CRI Cetak

Sesi promosi sumber pelancongan bandar Guangyuan yang berjudul "kampung halaman maharaja perempuan" anjuran kerajaan daerah Lizhou, Guangyuan diadakan di bandar Xi'an pada 27 Ogos lalu.

Biro Pelancongan Daerah Lizhou dan Biro Pelancongan Daerah Yanta, Xi'an telah menandatangani perjanjian kerjasama pelancongan. Lizhou telah mempromosi sumber pelancong dan beberapa pakej pelancongan kepada penduduk Xi'an.

Laluan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Xi'an-Chengdu yang ada stesen di Guangyuan, akan siap dan beroperasi pada penghujung September nanti. Dengan operasinya HSR ini, masa perjalanan dari Xi'an ke Guangyuan akan dipendekkan daripada 11 jam kepada 1.5 jam.

(Kuil Huangze di Guangyuan)

Lizhou yang terletak di pusat bandar Guangyuan, dikenali sebagai "kampung halaman maharaja perempuan Wu Zetian". Manakala Xi'an mempunyai sejarah beribu-ribu tahun dan kaya dengan sumber pelancongan dan kebudayaan. Sesi promosi pelancongan kali ini akan menggalakkan interaksi dan kerjasama pelancongan kedua-dua tempat supaya mewujudkan situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China