( Gurmeet Ram Rahim Singh )
Sempena Tribunal Khas Biro Penyiasatan Pusat India akan mengenakan hukuman terhadap ketua pertubuhan agama Gurmeet Ram Rahim Singh hari ini, pasukan polis dan tentera telah ditempatkan di kawasan berlaku rusuhan dan kawasan sekitar penjara sementera bagi meningkatkan kawalan keselamtan untuk mengelakkan rusuhan daripada berlaku lagi.
Menurut laporan media tempatan, kerajaan negeri Haryana Pradesh dan Punjab menutup perkhidmatan Internet bermula 27 hingga 29 Ogos.
Gurmeet Ram Rahim Singh yang didakwa merogol dua wanita pengikutnya menghadapi hukuman dipenjara 7 tahun. Sejumlah besar pengikutnya berkonflik dengan polis dan membakarkan kereta, stesen kereta api dan bangunan awam sehingga mengakibatkan 36 orang maut dan beratus-ratus lagi cedera.