Sukan Kebangsaan China ke-13 dirasmikan di bandar Tianjin malam semalam. Presiden China, Xi Jinping telah merasmikan temasya sukan ini. Pengerusi Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dan Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Sheikh Ahmad Al-Fahad turut menghadiri majlis perasmian.
Lebih 10 ribu atlet dari 38 kontinjen akan bertanding dalam 33 acara pada 12 hari akan datang.