Cari:
Yang Jiechi Ditemui Setiausaha Sekretariat UNFCCC
2017-08-29 13:51:24 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi ditemui Setiausaha Sekretariat Konvensyen Rangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC), Patricia Espinosa di Beijing semalam.

Yang Jiechi berkata, perubahan iklim berkait rapat dengan kepentingan umat manusia dari seluruh dunia dan memerlukan kerjasama pelbagai negara. China amat mementingkan isu tersebut dan merangkumkan tindakan penanganan masalah itu dalam strategi pembangunan sosioekonomi negara.

Beliau menegaskan, China bersedia menyumbang kepada penanganan perubahan iklim global, dan berharap pelbagai pihak memegang prinsip adil, "tanggungjawab bersama tapi berbeza" dan mempercepat proses pelaksanaan perjanjian sebelum tahun 2020.

Espinosa berkata, China mencapai kemajuan yang menakjubkan dalam menangani perubahan iklim. Pihaknya amat mementingkan peranan China dan berharap meningkatkan kerjasama dengan China.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China