Cari:
Rundingan Brexit Pusingan ke-3
2017-08-29 10:42:57 CRI Cetak

Rundingan mengenai Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau "Brexit" pusingan ke-3 diadakan di ibu pejabat EU di Brussels petang Isnin. EU dan Britain akan terus membincangkan "bayaran perpisahan", hak warganegara EU, dan isu sempadan Ireland Utara.

Rundingan pusingan ini akan berlangsung selama empat hari.

Ketua Perunding EU bagi Brexit, Michel Barnier dalam sidang media sebelum rundingan itu bermula ‎menegaskan bahawa masa berlalu pantas.

Britain menyerahkan surat rasmi tentang Brexit kepada EU pada 29 Mac lalu, dan menjadi negara pertama yang ingin keluar daripada kesatuan itu.

Menurut undang-undang EU, kedua-dua pihak perlu menyelesaikan rundingan dalam tempoh dua tahun, iaitu sebelum 29 Mac tahun 2019.

Rundingan pusingan pertama dan kedua masing-masing diadakan pada Jun dan Julai lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China