Cari:
China Gesa AS dan Korea Selatan Hentikan Penempatan THAAD
2017-08-30 14:55:37 CRI Cetak

China menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan mengambil berat kepentingan keselamatan dan keprihatinan China dan negara-negara lain di rantau ini, menghentikan tindakan penempatan sistem antipeluru berpandu Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) dan memindahkan kelengkapan berkaitan.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Dilaporkan, AS menetapkan 30 Ogos sebagai tarikh akhir penempatan THAAD.

Mengulas laporan tersebut, Hua Chunying menegaskan, pendirian China yang menentang keras penempatan THAAD di Korea Selatan adalah jelas dan teguh. Tindakan itu bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah keselamatan negara berkenaan, sebaliknya akan menjejaskan keseimbangan strategi serantau, menjejaskan kepentingan keselamatan negara serantau termasuk China, dan meningkatkan ketegangan situasi di Semenanjung Korea.

Oleh itu, Hua berkata, China menggesa AS dan Korea Selatan menghentikan penempatan sistem tersebut dengan segera .

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China