Cari:
AS Tambah Tentera ke Afghanistan
2017-09-01 14:35:54 CRI Cetak
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), James Mattis menyatakan semalam, beliau telah menandatangani perintah untuk menambah tentera ke Afghanistan, namun jumlahnya tidak didedahkan. Mattis memberitahu wartawan, tentera tambahan ke Afghanistan termasuk penasihat ketenteraan dan askar tambahan untuk meningkatkan daya bertempur tentera kerajaan negara itu. Namun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut sebelum membuat taklimat di hadapan Kongres pada minggu depan.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China