Cari:
Rundingan Brexit Pusingan ke-3 Gagal Berhasil
2017-09-01 11:36:48 CRI Cetak

Rundingan mengenai Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau "Brexit" pusingan ke-3 yang diadakan di ibu pejabat EU di Brussels selama empat hari gagal berhasil kerana terdapat percanggahan pendapat yang amat besar antara kedua-dua pihak. Hal ini turut meningkatkan kebimbangan kalangan perniagaan di Britain.

Ketua Perunding EU bagi Brexit, Michel Barnier menyatakan bahawa rundingan ini tidak mencapai kemajuan dan rundingan tentang peraturan perdagangan tidak dapat dibincangkan.

Dalam pada itu, Menteri Urusan Brexit Britain, David Davis pula mengakui terdapat percanggahan pendapat amat besar antara kedua-dua pihak. Beliau menggesa EU bersikap fleksibel untuk memecahkan kebuntuan dalam rundingan.

Difahamkan, EU mahu membincangkan dahulu "bayaran perpisahan", hak warganegara EU, dan isu sempadan Ireland Utara, manakala Britain berharap hubungan perdagangan dan peraturan dalam tempoh peralihan dapat ditetapkan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China