Sidang pleno ke-7 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC) akan diadakan di Beijing pada 11 Oktober. Manakala, Kongres Kebangsaan ke-19 PKC akan diadakan pada 18 Oktober.
Demikian keputusan oleh mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping, Khamis lalu.
Kongres kebangsaan itu akan menyimpulkan pengalaman pembangunan pada lima tahun lalu, menganalisis situasi domestik dan antarabangsa, mempertimbangkan keperluan baharu dalam pembangunan negara dan hasrat rakyat demi menetapkan dasar dan panduan pembangunan negara yang sejajar dengan zaman semasa.