Cari:
China Ingin Perkasakan Kerjasama dengan Brazil
2017-09-02 14:38:48 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Presiden Brazil, Michel Temer yang datang ke China untuk menghadiri Pertemuan Pemimpin Negara-negara BRCIS yang bakal diadakan di bandar Xiamen, China.

Li berkata, kerjasama pragmatik antara China dengan Brazil berpotensi besar. Diharap kedua-dua negara ini terus berusaha bersama-sama untuk mengoptimumkan struktur industri demi menyimbangkan perkembangan perdagangan dua hala. Kerajaan China menggalakkan perusahaan China melabur di Brazil dan memperkasakan kerjasama kapasiti pengeluaran dalam pelbagai sektor utama dan memperluas kerjasama komprehensif dalam pembinaan prasarana, tenaga elektrik, perkilangan kelengkapan, pertanian, sumber tenaga, pelancongan dan sukan supaya mewujudkan situasi menang-menang.

Michel Temer pula berkata, hubungan Brazil-China berkembang baik. Kedua-dua negara ini berusaha bersama-sama mempergiat kerjasama dua hala, dan mempunyai pendirian yang sama dalam menentang perlindungan perdagangan dan menghadapi cabaran perubahan iklim. Pihaknya mahu memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang pertanian, angkasa lepas, sumber tenaga, dan interaksi sosiobudaya. Brazil mengalu-alukan syarikat China melabur di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China