Cari:
Platform BRICS akan Beri Manfaat kepada Lebih Banyak Negara Membangun
2017-09-03 14:36:54 CRI Cetak

Pertemuan Pemimpin Negara-negara BRICS ke-9 yang bertemakan "Memperkasakan Hubungan Rakan BRICS, Cipta Masa Depan Yang Lebih Cerah" akan dirasmikan di Xiamen, China hari ini.

Sebagai tuan rumah Pertemuan Pemimpin Negara-negara Ke-8 pada tahun 2016, India memberikan perhatian besar kepada sidang kemuncak kali ini.

Wartawan Indo-Asian News Service (IANS) Gaurav Sharma menyatakan bahawa pembangunan ekonomi dunia masih menghadapi pelbagai masalah pada masa ini. Sebagai negara besar di Asia, malah dunia, China dan India memainkan peranan yang kian penting dalam sistem ekonomi dan politik dunia. Kedua-dua negara ini berganding bahu dan bersama-sama maju, akan memberikan pengaruh besar kepada dunia.

Katanya, lima negara BRICS bukan sahaja berusaha menggalakkan perkembangan sendiri, tetapi juga mencari kemajuan dan kerjasama menang-menang. Selain daripada lima negara BRICS, model "BRICS+" yang dikemukakan oleh China kali ini akan memberikan manfaat kepada lebih banyak negara membangun di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China