Cari:
15 Maut dalam Serangan Berani Mati di Iraq
2017-09-03 14:13:06 CRI Cetak

Polis Iraq semalam berkata, sebuah stesen janakuasa elektrik di bandar Samarra, provinsi Salahudin, utara negara itu mengalami serangan berani mati Sabtu lau, yang mengakibatkan 15 orang termasuk penyerang terbabit maut dan 9 lagi cedera.

Menurut polis Salahudin, 7 anggota militan yang terlibat dalam serangan ini ditembak mati. Dalam pada itu, dua orang anggota pasukan keselamatan Iraq dan 6 pekerja stesen janakuasa elektrik itu terkorban dalam serangan.

Bandar Samarra yang terletak di 120 kilometer dari utara Baghdad diduduki oleh kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) pada tahun 2014. Tentera kerajaan berjaya merebut kembali kebanyakan kawasan di provinsi Salahudin, termasuk bandar Samarra pada tahun 2015. Kejadikan ganas masih berlaku dari semasa ke semasa kerena terdapat sejumlah kecil anggota militan IS di provinsi itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China