Cari:
18.5 Ribu Pelarian Dipindahkan Dari Greece
2017-09-03 14:28:08 CRI Cetak

Menurut laporan media Greece pada 1 September lalu, sejumlah 18.5 ribu orang pelarian telah dipindahkan ke negara Kesatuan Eropah (EU) yang lain dari Greece sejak Oktober 2015 sehingga 27 Ogos tahun ini.

Antara pelarian yang dipindahkan itu, Jerman telah menerima pelarian yang paling banyak iaitu 4157 orang, diikuti dengan Perancis, Belanda dan Sweden. Manakala Austria dan Poland tidak menerima pelarian dari Greece setakat ini.

EU pada September 2015 berjanji akan memindahkan 160 ribu pelarian dari Itali dan Greece dalam tempoh dua tahun seterusnya. Namun angka pemindahan jauh lebih sedikit berbanding dengan janji itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China