Cari:
Xi Jinping Menyampaikan Ucapan dalam Forum Perniagaan BRICS
2017-09-03 17:02:02 CRI Cetak

Forum Perniagaan BRICS yang berskop paling besar selepas mekanisme negara-negara BRICS diwujudkan 10 tahun lalu diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Xiamen, China petang tadi.

Presiden China, Xi Jinping menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "Membuka Dekad Keemasan Kedua Pembangunan BRICS".

Xi berkata, untuk melengkapkan tadbir urus ekonomi global, negara-negara yang berkenaan harus mementingkan kerjasama ekonomi BRICS dan mendorong kerjasama dalam pelbagai bidang berdasarkan Strategi Rakan Ekonomi Negara BRICS.

Tegas beliau, sebagai platform yang berpengaruh besar di dunia, kerjasama BRICS diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa. Negara-negara BRICS harus memperluas lingkungan kerjasama dan mendorong model kerjasama "BRICS+", membina rangkaian kerjasama yang terbuka, agar lebih banyak negara dapat mengambil bahagian dalam model kerjasama ini, iaitu kerjasama yang saling bermanfaat dan bersatu padu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China