Cari:
Pesta Kebudayaan dan Pelancongan China-Switzerland
2017-09-03 15:16:41 CRI Cetak

Pesta kebudayaan dan pelancongan China-Switzerland pertama dirasmikan di Geneva, bandar kedua terbesar di Switzerland Jumaat lalu.

Pesta yang diadakan sempena "tahun pelancongan China-Switzerland" ini bertujuan untuk membolehkan rakyat negara itu menghayati budaya China melalui pameran kesenian, persembahan dan budaya makanan.

Duta Besar China ke Switzerland, Geng Wenbing yang menghadiri upacara perasmian pesta kali ini berkata, sejak aktiviti "tahun pelancongan China-Switzerland" dirasmikan, jumlah pelancong kedua-dua negara yang saling melawat banyak bertambah berbanding dengan tahun lalu.

Menurut statistik Jabatan Pelancongan Negara China, China telah menjadi negara sumber pelancong keempat terbesar bagi Switzerland.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China