Cari:
Ucapan Xi pada Forum Perniagaan BRICS Disambut Hangat
2017-09-04 13:43:15 CRI Cetak

Ucapan bertajuk "Membuka Dekad Keemasan Kedua Pembangunan BRICS" yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping pada Forum Perniagaan BRICS 2017 di Xiamen petang semalam, mendapat sambutan hangat para peserta.

Dong Mingzhu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gree, syarikat peralatan elektrik berpangkalan di Zhuhai, menyatakan bahawa tanggungjawab yang dipikulnya selaku usahawan amat besar, iaitu bukan sahaja perlu berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat, malah membolehkan negara-negara BRICS dan BRICS+ mendapat manfaat.

Wakil syarikat Gazprombank Rusia di Beijing, Averkiy Savostiyanov pula menyatakan bahawa Presiden Xi dalam ucapannya telah menganalisis perubahan persekitaran luar serta keunggulan BRICS sejak penubuhannya 10 tahun lalu, di samping merangka hala tuju pembangunan BRICS dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Beliau yakin BRICS akan menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang dalam tempoh sedekad mendatang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China