Cari:
Xi, Putin Setuju Tingkat Penyelarasan Strategik
2017-09-04 14:35:06 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin yang berada di Xiamen untuk menghadiri pertemuan ke-9 pemimpin BRICS serta Dialog Pasaran Baru Muncul dan Negara-negara Membangun, semalam.

Presiden Xi menegaskan bahawa China dan Rusia patut memperkukuh rasa saling mempercayai dalam bidang politik, meningkatkan lagi sokongan terhadap satu sama lain dan memperkasakan penyelarasan strategik.

Mekanisme kerjasama bilateral patut dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjayakan program kerjasama dalam bidang-bidang utama termasuk tenaga, aeroangkasa, penerbangan dan kuasa nuklear.

Di samping itu, usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan pengintegrasian inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia, khususnya dalam projek kesalinghubungan.

Xi menyatakan bahawa persefahaman dan persabahatan di kalangan rakyat patut dikukuhkan melalui pertukaran sosiobudaya yang lebih rapat.

Beliau turut berharap hubungan tentera kedua-dua negara semakin kukuh, manakala penyelarasan dan kerjasama dalam platform multilateral kian rapat.

China bersedia bergabung tenaga dengan Rusia untuk meningkatkan hubungan bilateral ke tahap yang lebih tinggi, dan bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan dunia.

Putin pula menyatakan bahawa hubungan Rusia-China berkembang baik. Pertukaran lawatan di peringkat tinggi amat penting bagi memperkukuh perkongsian strategik komprehensif Rusia-China serta penyelarasan kedua-dua negara dalam isu-isu penting antarabangsa dan serantau.

Rusia bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang pelaburan, tenaga, pertanian, infrastruktur, aeroangkasa dan penerbangan, di samping mendorong pertukaran dalam bidang budaya, pendidikan, sukan, media dan pelancongan.

Ketika membincangkan isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan bersama, kedua-dua pihak bersetuju berpegang pada matlamat mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas nuklear, serta meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam menghadapi ujian nuklear Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China