Pertemuan ke-9 pemimpin negara-negara BRICS diadakan di Xiamen hari ini, dipengerusikan oleh Presiden China, Xi Jinping.
Turut hadir, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, Presiden Brazil, Michel Temer, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Presiden Xi dalam ucapannya pada mesyuarat itu memberi penghargaan yang tinggi terhadap perkembangan kerjasama BRICS, sambil menegaskan pentingnya membuka "dekad keemasan" kedua kerjasama BRICS demi manfaat rakyat.
Xi berkata bahawa kerjasama BRICS berkembang pesat berdasarkan prinsip saling menghormati dan tolong-menolong, serta semangat terbuka, inklusif dan muafakat bestari.
Beliau turut mengemukakan beberapa saranan untuk memperkukuh kerjasama BRICS dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, termasuk mengintesifkan kerjasama pragmatik dalam bidang ekonomi, memperkasakan penyelarasan strategi, mendorong pembinaan order antarabangsa yang lebih adil dan munasabah, serta merancakkan lagi pertukaran sosiobudaya.