Aeroangkasa, yang dulu berkhidmat untuk pertahanan dan penerokaan ruang angkasa, kini menjadi penjana baharu pertumbuhan ekonomi dunia.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Jurutera Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC), Sun Weigang dalam Forum Kemuncak Aeroangkasa Komersial China ke-3 baru-baru ini.
Di China, semakin banyak institut penyelidikan dan syarikat swasta terlibat dalam pembuatan dan pengendalian satelit, serta penyelidikan dan pembangunan roket pembawa.